AnjungCafe Hosting
13 Years in Hosting Business ...
We accept direct fund transfer from CIMB Clicks, Maybank2U, PAYPAL & Western Union Money Transfer 



Pepatah inggeris ada menyebut bahawa don’t judge a book by its cover atau jangan menilai buku dari rupa kulitnya, Mungkin dizaman celik IT dan internet sekarang bidalan ini tidak lagi relevan disebabkan perkembangan sosiobudaya dan cara hidup. Kini perniagaan berdepan dengan cabaran baru iaitu bagaimana mendapat tempat dalam pasaran dengan kadar cepat dan mudah. Laman sesawang atau ringkasnya website adalah satu cara efisyen kearah matlamat ini.

Assalammualaikum tuan-tuan, saya Dr. Ted Adzelan adalah seorang jurulatih didalam bidang pembangunan insaniah dan syarikat saya mula ditubuhkan secara online pada sekitar tahun 2009 melalui blog dan laman social. Pada asasnya saya mencari platform untuk berhubung dengan jurulatih-jurulatih yang pernah menduduki kelas saya melalui email dan sebagainya. Maka yang penting disini adalah bagaimana saya dapat memperkenalkan pembelajaran yang saya bawa kepada klien klien tanpa berjumpa dengan mereka secara langsung.Jawapan yang paling efisyen adalah melalui website atau laman sesawang. Saya bertemu anjungcafe melalui melayari internet dan sebelum ini saya pernah melanggan ruang web dari syarikat di Amerika, saya mendapati, melanggan cara ini walaupun laju tetapi tidak membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Di anjungcafé hosting saya berpeluang mengikuti kursus yang sangat bermakna. Ianya mudah cepat dan tepat. Website saya siap sepenuhnya pada hari kursus tersebut. Ini adalah testimoni ikhlas saya. Dengan mempunyai website ini, bekas jurulatih saya dapat memperkenalkan kursus yang saya bawa kepada pelanggan pelanggan baru dan potensi pelanggan. Cara website ini dilancarkan  sangat mudah dan yang penting adalah di anjungcafehosting, mereka mengutamakan kepuasan pelanggan dan ajakan membantu sehingga pelanggan berpuashati dan melancarkan web ini. Aftersales service adalah punca utama mengapa saya masih melanggan dengan anjungcafehosting.Perniagaan dunia latihan saya berkembang bukan sahaja di Malaysia malah saya mendapat tempahan di serata Asia Tenggara dan semenjak website ini dilancarkan saya telah mengajar di Brunei, Vietnam, Thailand, dan yang terbaru Indonesia. Bulan hadapan saya ke Myanmar dan Cambodia.

Seperti mana tuan tuan dapat memahami, potensi perkembangan perniagaan melalui website yang dibuat secara professional ini sangat luas dan penting. Disi saya ingin berkongsi 7 sebab utama kejayaan yang saya kecapi melalui wesite saya:

1.     Pertama sekali adalah peluang mendapatkan potensi pelanggan secara langsung daripada menghabiskan masa untuk keluar berjumpa dengan mereka. Laman anda boleh dimasukkan dalam “search engine” utama dan pelanggan potensi anda dapat berjumpa produk anda apabila mereka mengadakan ‘carian’. Ini adalah juga cara saya bertemu dengan pelanggan potensi saya.

2.    Seperti yang saya bincangkan terdahulu bahawa imej perniagaan anda dapat dilihat dan dirasai dengan mengadakan laman web yang canggih dan tepat. 99% pelanggan mendapat kepercayaan dari persembahan laman web di zaman ini. Sebab itu testimoni dan mempunyai bukti bukti didalam internet adalah penting.Mendiang Steve Jobs, pencipta syarikat dan komputer apple pernah berkata bahawa “you are nobody until people can google you.”

3.    Sekiranya anda memberi Kad Nama kepada orang lain dan mereka cuba menggoogle and dan tidak mempunyai result maka imej anda dimasa ini adalah penting untuk kejayaan individu dan perniagaan. Imej itu adalah langkah pertama.

4.    Kos promosi dan sistem jualan juga penyumbang kepada pengurangan pendapatan dan perkara ini dapat diatasi melalui laman web yang rata rata lebih ringkas dan mudah untuk  meningkatkan potensi keuntungan

5.    Memperkenalkan produk adalah satu perkara lazim dalam perniagaan dan cara laman web dapat memberi penerangan yang lebih tepat dimana spesifikasi dan gambar gambar produk boleh dipaparkan dengan cantik.

6.    Perhubungan dengan pelanggan menjadi lebih mudah melalui teknologi ini.

7.    Potensi mengembangkan perniagaan adalah lebih tinggi.

Saya adalah seorang  usahawan yang kecil, Syarikat saya masih beroperasi dari rumah dan saya tidak mempunyai pekerja tetap. Walaupun begitu operasi perniagaan saya dibantu oleh jurulatih- jurlatih yang telah mengikuti kursus anjuran saya sebelum ini dan perhubungan kami adalah 100% melalui internet. Saya tidak mempunyai skim seperti MLM atau sebagainya, bidang saya hanyalah latihan pembangunan insan akan tetapi jurulatih- jurulatih dibawah saya telah berjaya memperolehi pendapatan  purata sebanyak RM10,000 atau lebih sebulan. Mereka berkerja sepenuh masa seperti saya sendiri dari rumah melalui internet dan telefon. Tidak ada jalan mudah untuk Berjaya,Internet dapat membantu banyak perkara tetapi melalui usaha, ilmu, ketabahan dan kesabaran, kejayaan itu milik anda. Saya amat berterima kasih kepada pihak AnjungCafehosting atas peluang ini dan sekiranya anda ada apa –apa kemuskilan atau pertanyaan, jangan segan menghubungi mereka atau anda boleh menghantar email kepada saya di ted@nextcoach.org atau melayari laman saya di www.nextcoach.org. Saya ucapkan selamat maju jaya pada anda dan marilah kita meningkatkan kemajuan dalam perniagaan dengan menceburi ruang ini yang telah sedia ada. Wassalam.

http://www.nextcoach.org/ 

Dr. Ted Adzelan

Kuala Lumpur

 

 
 
 
 

24/7 support by chat

SMS: 012-2096007
Fax:   03-62075497
info@anjungcafehosting.com

Client Login

Email Address:
Password:



Do business with us, more confidence with secured 128 bit.
"Do business with us, more confidence than others"
RvSitebuilder template banner
Copyright (c) 2003 - 2016. AnjungCafe Sdn Bhd (Company No:632695W)